Tuesday, March 6, 2012


Wednesday, February 15, 2012

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA diucapkan kepada semua pembaca BLOG AKU ni.. Blog ini hanyalah sekadar hiburan dan pengetahuan sahaja. Lagipun aku wat BLOG AKU ni untuk mengisi masa lapang aku 'time' bosan giler..sampai tak tu nak wat pe.... Bila aku wat blog dapatlah "release" kan tension . Tapi tak der r aku nak cerita kisah tension tak puas ati dalam blog ni... T semua orang tau, lagi2 satu dunia akan tau perangai aku camner...

Ok r aku nak start blog aku ngan info petua orang dulu2 n cara kampung.. Aku bab petua ni aku memang minat giler tahap gaban r....

PETUA DULU2

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkanmenyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati.Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepasitu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelahsampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadahatau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguhmenakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudianpupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilasdengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkankedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalucair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudianbasuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka sertamenampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selamabeberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasukdalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlahmengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukanair itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknyadilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cucimuka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya.Amalkan selalu.Badan Ringan Dan BertenagaMinum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malaminsyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramaskangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Petua Kecantikan SemulajadiPetua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kalipada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dandiminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Merawat Kulit Berkedut

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersamasesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskankepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mataAmalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Menghilangkan Parut

Ambil sedikitasam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepasitu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknyalakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utkmenghilangkan parut.

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dancampurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkansekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dankemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka insya'allah.